Sejarah

Asrama Puteri Seremban merupakan sebuah bangunan lama yang dimiliki SMK Convent(SMK Puteri hari ini). SMK Convent dibuka pada 3 Oktober 1904 oleh Residen British iaitu Mr. Weld. Pada ketika itu, SMK Convent hanya mempunyai sebuah blok bangunan. Pada masa itu hanya 5 orang guru dan 36 orang pelajar yang merupakan generasi petama SMK Convent(SMK Puteri hari ini).

Semasa serangan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua, sekolah ini dijadikan sebagai kediaman anak-anak yatim dari Taiping dan Singapura. Selepas tamatnya pendudukan Jepun, sekolah ini telah dibuka semula pada 1 Oktober 1945 dan menerima kemasukan seramai 800 pelajar baru.

Sebuah sekolah baru telah dibina di tapak baru bagi menggantikan tapak tanah SMK Convent kerana tapak yang sedia ada telah diambil alih oleh Metrojaya(sebuah syarikat pembangunan hartanah) untuk tujuan pembangunan.

Sebuah tapak berdekatan Taman AST telah dikenalpasti untuk membina bangunan sekolah baru bagi SMK Convent. Pada 8 July 19993, majlis perasmian bangunan baru sekolah telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Sri Mohd Isa Bin Abd Samad. Bermula dari itu jugalah, SMK Convent telah ditukar nama kepada SMK Puteri.

Pada 16 April 1996, tapak lama sekolah SMK Puteri(SMK Convent) yang pernah diambil alih oleh Metrojaya bagi tujuan pembangunan telah diserahkan kepada pengurusan Asrama SMK Puteri. Hal ini kerana program pembangunan yang dijalankan telah tergendala dan hingga hari ini masih terdapat kesan projek bangunan terbengkalai di tengah-tengah bandar Seremban. Dengan campurtangan pihak kerajaan maka secara rasminya, pada 16 April 1996, bangunan lama SMK Convent telah dijadikan sebagai Asrama Puteri SMK Seremban.