Saturday, October 15, 2011

SELAMAT DATANG KEPADA AHLI ROMBONGAN LAWATAN PENANDA ARASAN DARI PEJABAT DAERAH KULIM

Kami, WARGA ASRAMA PUTERI MELAYU SEREMBAN mengalu-alukan kedatangan ahli rombongan lawatan penanda arasan dari Pejabat daerah Kulim, Kedah...Semoga dengan lawatan dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita. Bukan itu sahaja, semoga segala yang kekurangan dari pihak kami , mohon kemaafan.
Segala yang baik itu datang nya dari ALLAH , dan yang kurang itu dari kelemahan kami sendiri....TERIMA KASIH

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT ASRAMA

Tuesday, September 27, 2011

MAJLIS ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-9

Alhamdulillah...nampak asrama kita dah menang dalam pertandingan ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG peringkat kebangsaan kali ke -9 yang berlangsung di Kedah.. Segala penat lelah kita akhirnya membuahkan hasil yang sangat-sangat berbaloi. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung...










Friday, June 24, 2011

PENGHAKIMAN ASAT 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN PUSINGAN AKHIR

Selamat datang diucapkan kepada para penilai ASAT untuk pusingan akhir. Kami warga Asrama Puteri Melayu, sangat mengalu-alukan kedatangan para penilai ke Asrama Puteri Melayu. Semoga kedatangan yang dinanti-nantikan ini membuahkan hasil yang diharap-harapkan..... (Amin..........)

Teratai kembang, Kiambang Bertaut,
Bunga cempaka di tengah lata,
Datang bertandang, Salam bersambut,
Menggunung harapan, Menggapai cita.


Wednesday, June 1, 2011

Lawatan Penanda Aras Oleh Pengetua-Pengetua Dan Guru Besar-Guru Besar Dari Negeri Johor

Pada 25 Mei 2011, satu rombongan penanda aras oleh Pengetua-pengetua dan Guru Besar-guru besar dari Negeri Johor. Rombongan ini tiba pada jam 3.00 petang.

Sebelum membuat lawatan ke kawasan asrama, pihak rombongan berpeluang mendengar kata-kata aluan dan taklimat ringkas daripada pengetua cemerlang SMK Puteri, Pn Hjh Azizah Bt Mohd Nor

Lawatan Penanda Aras Oleh Guru-Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Dari Negeri Selangor


Selamat datang diucapkan kepada Guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridDari Negeri Selangor yang sudi meluang masa untuk membuat lawatan penanda arasan ke Asrama Puteri Melayu, Seremban. Rombongan tersebut tiba pada jam 10 pagi ( 25 Mei 2011, Rabu) di Asrama Puteri Melayu, Seremban. Semoga dengan lawatan ini akan dapat menambahbaik segala kekurangan yang terdapat di Asrama Puteri Melayu, Seremban.



Ahli rombongan sedang khusyuk mendengar taklimat daripada Pn. Norhashimah (GPK HEM).


Ahli rombongan berpeluang mengajukan soalan kepada Pn. Norhashimah atau En. Rosli (wakil daripada PPD Negeri Selangor).